ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Kedah di Istana Anak Bukit, di sini.
Beliau melafazkan sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah Sabtu lalu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti 16,050 undi bagi menewaskan Datuk Muhamad Khizi Abu Kassim dari Barisan Nasional. – MalaysiaGazette