ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaafkan sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah ke atas dirinya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Pengarah PRN Perikatan Nasional (PN) itu juga memaafkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan harapan fitnah itu tidak diulangi lagi pada masa akan datang.
“Bagi pihak diri saya, saya Muhammad Sanusi Md Nor yang di serang bertalu-talu tanpa henti depan belakang atas bawah, saya maafkan semua serangan itu.
“Saya juga maafkan Saifuddin tetapi kalau dia buat lagi, kita lawan lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program
Himpunan Mandat Rakyat sempena kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.
Turut hadir semua Ahli Dewan Undangan Negeri PN yang menang semalam.
Sepanjang kempen PRN, beliau dan Saifuddin hampir setiap hari berbalas serangan kenyataan dan saling sama mencabar mengenai isu unsur nadir bumi (REE).
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Naib Presiden Pas turut mewakili rakyat Kedah memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini jika ada terguris hati dengan tindak-tanduk PN dan Pas ketika berkempen.
“Atas nama ukhuwah Islamiah, atas sikap baik yang kita amalkan daripada tok-tok guru, kalaulah ada sepanjang kempen PRN ini kita ada menyakiti sesiapa, ada yang sesetengah pihak terasa hati dengan istilah atau ucapan saya mewakili seluruh jentera PN memohon maaf kepada seluruh rakyat Kedah dan negeri lain.
“Sekiranya ada yang terguris dan terluka ketika kempen diadakan kerana ada yang tak sengaja dan ada yang kami terpaksa , ada kami di provok dan ketika kami terlalu sakit menahan dan lepaskannya untuk kami rasa.
“Di atas kekasaran dan atas tingkah laku kami orang Kedah melalui media sosial, ceramah atau pertemuan bersemuka jika ada terasa hati dan terluka dengan kami, kami memohon ampun dan maaf.
“Kami hulurkan salam persahabatan dan kita kembali hidup bersama di bumi Allah dengan harmoni untuk meneruskan kerja sebelum bertemu Allah bila-bila masa,” katanya. – MalaysiaGazette
Tahniah la Sanusi oii, ada dipilih oleh rakyat. Lawan hang yang hari2 dok kritik tu siapa yang pilih pun ramai yang tak tahu?
Dasar muka tembok?
Aikkk..dah terbalik? Kau yg kaki fitnah. Cthnya ko didapati bersalah di mahkamah sebab fitnah Mahfouz Omar. Laaa ni ko tuduh org lain plak fitnah? Ko bila nak minta maaf dgn org2 yg ko fitnah tu???