SERDANG – Desakan mahu Presiden UMNO meletakkan jawatan memang mudah namun mengkaji punca kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah lebih baik.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tuntutan sedemikian dibuat hanya berlandaskan perasaan marah dan beremosi.
“Saya ingat memang mudah (gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan)…itu mungkin jalan pintas dan jalan mudah nak beri alasan atas kekalahan. Tapi, seelok-eloknya kita kaji dan buat post-mortem tengok apa punca-punca kelemahan dan sebagainya.
“Apabila tengah marah emosi, semua itu akan macam-macamlah…saya pun tak nak tergolong macam itu, biar kita reda kita lakukan post-mortem, kita cari kelemahan-kelemahan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Sebelum itu, Mohamed Khaled ditanya mengenai desakan banyak pihak mahu Ahmad Zahid meletakkan jawatan susulan kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional terutama UMNO pada PRN di enam negeri pada Sabtu lalu.
Untuk rekod, pada PRN berkenaan UMNO hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, terdapat banyak perkara yang perlu dikaji berhubung kekalahan dialami UMNO terutama berhubung isu-isu yang dimainkan dalam PRN.
Beliau tidak menafikan mungkin suasana politik pada Pilihan Raya Umum lalu yang masih lagi dirasai atau mungkin rakyat belum merasai sepenuhnya kesan daripada usaha kerajaan dalam membangunkan negara.
“Jadi, akhirnya semua ini yang kita dapat (kekalahan)…dan mungkin banyak pengundi UMNO penyokong UMNO, ini pertama kali mereka bekerjasama dalam satu pasukan yang dulunya mereka lawan sesama sendiri.
“Ini semua ambil masa. Jadi, cuma masa akan menentukan,” ujarnya.
Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai desakan pihak luar apabila menggesa UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mahu prestasi parti itu dikembalikan, Mohamed Khaled menegaskan, gesaan seperti itu dibuat ketika pihak berkenaan masih dalam keadaan marah dan kecewa. – MalaysiaGazette
Biasa orang Johor bijak POLITIK tapi Mohamed Khaled ni bangang tak bertepi… DESAK President UMNO letak jawatan adalah tradisi “BERLAPANG DADA” seperti Tun Abdullah dan NAJIB. Bangang kata Sanusi, Itu Bangang kata Rafizi dan dari induk.. AMAT BANGANG kata ANWAR IBRAHIM…. bangang ni boleh buat carian YouTube.