Keluarga terdekat dan kenalan Datuk Seri Johari Harun kelihatan sugul hadir membuat pengecaman mayat yang merupakan mangsa insiden pesawat terhempas di jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 17 OGOS 2023.
Ibu kepada juruterbang, Mahamum Ismail kelihatan sugul hadir membuat pengecaman mayat anaknya, Shahrul Kamal Roslan yang merupakan mangsa insiden pesawat terhempas di jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 17 OGOS 2023.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menenangkan ibu kepada juruterbang, Mahamum Ismail ketika hadir di jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 17 OGOS 2023.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa hadir bertemu dengan beberapa waris mangsa nahas pesawat terhempas di jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 17 OGOS 2023.
Suasana hiba selubungi jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor. Foto MUHD NA’IM, 17 OGOS 2023.