Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua timbalan pendakwa raya dan 15 anggota polis ditahan di sebuah pusat hiburan di Seremban, Negeri Sembilan jam 2.30 pagi tadi.

Daripada 15 anggota polis yang ditahan itu hanya seorang negatif dadah.

Mereka ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pegawai dan 14 anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Dua timbalan pendakwa raya yang ditahan pula masing-masing bertugas di Shah Alam dan Negeri Sembilan.

Mereka disahkan positif di bawah pengaruh dadah jenis Ketamin, Amphetamin dan Methamphetamine.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast