Waris menunggu proses tuntutan jenazah di pekarangan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor.

KLANG  – Jenazah pertama mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam dekat sini akan diserahkan kepada waris pagi ini.

Difahamkan jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang merupakan ‘rider’ Foodpanda telah selesai menjalani proses pengecaman dan padanan DNA di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR).

MalaysiaGazette yang berada di pekarangan HTAR sejak awal pagi mendapati van jenazah telah tiba jam 8.05 pagi untuk proses menghantar pulang jasad Allahyarham Muhamad Hafiz ke kampung halaman di Sidam, Kedah.

Artikel berkaitan: Allahyarham Hafiz ‘rider’ terbaik Foodpanda

Difahamkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan tiba ke HTAR untuk menyelia proses tuntutan jenazah oleh waris Allahyarham.

Nahas pesawat Khamis lalu mengorbankan 10 nyawa, enam daripadanya penumpang pesawat, dua kru dan dua lagi orang awam.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette