KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengetuk kepala seorang wanita dengan helaian kertas baru-baru ini kerana menghantar surat permohonan sumbangannya ke instutusi pengajian tinggi pada saat akhir.
Facebook Pas Kawasan Sik dalam satu hantaran berkata, tindakan spontan Muhammad Sanusi itu sekadar bergurau yang mana sumbangan tetap diberi juga kepada pelajar terbabit.
“Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu). Pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” menurut hantaran itu.
Semalam, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz berkata, Muhammad Sanusi sepatutnya menjaga kehormatan orang ramai selepas perbuatannya mengetuk kepala seorang wanita dengan helaian kertas tular di media sosial.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa memberitahu, adab perlu dijaga lebih-lebih lagi oleh pemimpin berpangkat besar seperti Menteri Besar.
Menerusi video itu, orang ramai di lokasi kejadian kelihatan hanya ketawa, seolah-olah menganggap perbuatan itu sebagai jenaka spontan sahaja. – MalaysiaGazette
Depa gurau ja.. tak yh nk serius sgt.. bnyk lg isu yg lebih penting perlu diulas.. jaga kawasan tu lebih elok.. nanti pru16 tak diundi lg..
ANWAR MUNAFIK DAN PELIWAT PUN MASIH DISOKONG….TERMASUK AMIRA…sebab ANWAR PERLEKEH WANITA DAN MAHASISWA…dalam program TEMU ANWAR….AMIRA dan pentaksub ANWAR membisu dan membuta pekakkan telinga