Skim perlindungan insan

KUALA LUMPUR – Skim Insan Takaful yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mengundang persoalan dalam kalangan warga maya.

Rata-rata mendakwa nama mereka telah didaftarkan tanpa pengetahuan dan persetujuan.

Seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Fais Al-Hajari mendakwa nama ibunya yang telah meninggal dunia pada 31 Mei 2022 telah didaftar untuk skim tersebut pada 9 November 2022.

Dia membuat semakan secara dalam talian melalui laman sesawang programinsan.com.

“Seingat saya mak saya tak dikebumikan dengan smartphone, so mustahil mak saya boleh download app Wavpay untuk daftar Skim Insan ini dari dalam kuburnya. Mengarut bukan? This is a very serious data breach” katanya.

Sementara itu seorang agen takaful, Mohd. Ariff  berkata, semua produk kewangan adalah tertakluk kepada tadbir urus yang diselia oleh Bank Negara Malaysia.

Tegasnya, setiap produk kewangan tidak boleh didaftarkan secara automatik tanpa persetujuan tuan badan.

“Tuan-tuan, puan-puan ingat tak masa nak dapatkan bantuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dulu, kita kena mohon di laman web atau kaunter LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sendiri, bukan secara automatik?

“Nak bukak akaun bank pun kena datang sendiri ke bank atau online oleh tuan badan. Nak bukak akaun CDS utk melabur saham pun kena dibuat oleh tuan badan sendiri,” katanya.

Jelas beliau, terdapat beberapa rang undang-undang seperti Akta Insurans 1996 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diwujudkan bagi mengawal-selia insurans dan takaful di Malaysia.

Malah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diwujudkan demi mengelak penyalahgunaan identiti dan data maklumat pengguna.

“Seandainya nama tuan-puan tersenarai dalam sebarang produk kewangan tanpa pengetahuan tuan-puan, seeloknya laporan polis dibuat demi keselamatan data peribadi tuan-puan,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) memperkenalkan Skim Insan Takaful yang menyediakan pelan perlindungan kepada tiga juta rakyat negeri itu.

Ia melibatkan nilai perlindungan berjumlah RM30 bilion dengan kos sebanyak RM9.54 juta.

Skim tersebut merupakan kesinambungan daripada Skim Insan konvensional yang diperkenalkan tahun lalu.

Pada 2022 Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Perlindungan Insurans Am (Insan) kepada rakyat Selangor.

Permohonan perlindungan insurans tersebut dibuka semula kepada semua rakyat Selangor yang memberi perlindungan sehingga RM10,000 untuk kematian dan hilang keupayaan kekal yang disebabkan oleh kemalangan.

Terdapat tambahan tuntutan sebanyak RM1,000 bagi kes yang melibatkan kematian untuk tujuan pengebumian.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. “Seingat saya mak saya tak dikebumikan dengan smartphone, so mustahil mak saya boleh download app Wavpay untuk daftar Skim Insan ini dari dalam kuburnya. Mengarut bukan? This is a very serious data breach” ini manifesto 100 hari kjaan selangor

  2. Hebat walanun2 ni menyakau duit dengan menggunakan data peribadi tanpa kebenaran. Ini style komunis @macau scam berniaga ke?

    Minta Datuk Ayub siasat dengan segera.

Comments are closed.