Oleh: Dr Mohd Ramlan Mohd Arshad

SEGI Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand atau Sinonimnya IMT-GT adalah satu wilayah yang merangkumi tiga negara berjiran di rantau Asia Tenggara. Wilayah ini yang sinonim dengan Segi Tiga Emas merupakan kawasan yang cocok untuk menjadi sumber pembangunan kepada ketiga-tiga negara yang terbabit. IMT-GT ialah inisiatif kerjasama sub-serantau yang dibentuk oleh kerajaan ketiga-tiga negara pada tahun 1993 untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah yang kurang membangun. Kerjasama itu juga bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi penduduk yang tinggal di kawasan yang diliputi oleh IMT-GT. Pertumbuhan ekonomi ini secara tidak langsung mempertingkatkan kebajikan penduduk di wilayah terbabit.

IMT-GT juga bertujuan untuk mencapai kemajuan melalui kerjasama dan integrasi ekonomi tempatan pada sektor-sektor yang menjadi asas kepada pelengkap strukur ekonomi. Oleh itu, pemain ekonomi dan industri dalam subregional ini boleh mengeksploitasi asas kepada pelengkap rantaian ekonomi. Hal ini dibuktikan dengan beberapa tahap kejayaan seperti aliran barangan intra IMT-GT yang positif, aliran manusia (pelawat perniagaan, pelancong), dan aliran modal (pelaburan langsung asing). Maka, usaha untuk mereformasikan dan merejuvenasikan IMT-GT adalah amat penting dalam mendepani cabaran ekonomi global.

Megatrend dan paradigma baharu pembangunan ekonomi serantau Dalam membangunkan Wawasan 2036 IMT-GT, perhatian khusus perlu diberikan kepada pembangunan serantau dan global, termasuklah:

(a) Peningkatan kelas pengguna;
(b) Kenaikan wajaran sederhana bandar-bandar; dan
(c) Keperluan untuk meningkatkan produktiviti melalui penguasaan bahagian global yang lebih besar;
d) aliran dalam perdagangan dan pelaburan dengan menggalakkan daya saing dalam bidang berkaitan perdagangan;
e) memanfaatkan gelombang pembandaran di subwilayah melalui pembangunan cekap dan penyelesaian infrastruktur yang mampan; dan
f) mengambil kesempatan daripada teknologi yang semakin pintar dan tanpa batasan.

Wawasan 2036 ini menampilkan elemen utama paradigma pembangunan ekonomi serantau yang baharu seperti sebagai memberi penekanan yang lebih serius pada tahap penglibatan yang lebih mendalam ke arah integrasi ekonomi. Hal ini dicapai melalui pendekatan merentas sektor pembangunan dan memberikan tumpuan yang lebih besar untuk membina ekonomi serantau yang berfungsi sebagai koridor pembangunan. Tindakan ini secara tidak langsung dapat mempromosikan pemilikan aset dan penjanaan ekonomi di wilayah IMT-GT.

Matlamat Wawasan 2036 untuk menjadikan subwilayah bersepadu, inovatif, inklusif dan mampan. Oleh itu, ianya memerlukan strategi bersama untuk menggalakkan pertumbuhan melalui integrasi ekonomi serantau yang lebih besar dan berinovasi. Usaha ini adalah untuk memulihara dan melabur dalam modal insan untuk kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang. Ia juga merupakan strategi jangka panjang untuk memperkasakan rakyat untuk menyumbang kepada ekonomi dengan lebih meluas dan mendapat manfaat daripada pembangunan sosioekonomi di subwilayah itu. Lantaran itu, dapatlah dirumuskan bahawa, megatrend dan pembanguna lestari berparadigma yang baharu perlulah lebih memusat kepada penglibatan dan pembangunan rakyat di wilayah IMT-GT.

Mengarusperdanakan sektor swasta dan kerajaan tempatan

IMT-GT meletakkan sektor swasta dan kerajaan tempatan di tengah-tengah usaha untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan sosial subwilayah. Kedua-dua pihak berkepentingan utama ini memainkan peranan yang kuat dalam memastikan pemilikan
ekonomi dan menjadi pemacu utama projek IMT-GT. Bersama masyarakat setempat, mereka akan menjadi penerima langsung projek IMT-GT yang dijana oleh pihak swasta dan kerajaan tempatan. Di peringkat pelaksaan projek, IMT-GT akan menggunakan pendekatan dari bawah ke atas dalam mengenal pasti projek, perancangan dan melakukan rumusan.

Lebih banyak cadangan projek perlu datang daripada sektor swasta dan kerajaan tempatan supaya projek yang dilaksanakan adalah relevan secara langsung kepada mereka dan memenuhi keperluan keutamaan rakyat di wilayah terbabit.

Di peringkat institusi, pihak berwajib perlu menggariskan langkah-langkah khusus untuk meningkatkan peranan Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT (JBC). Ini termasuk langkah untuk pendaftaran undang-undang untuk JBC untuk meningkatkan kekuatan organisasi dalamannya, keupayaan advokasi dasar, peranannya sebagai badan penyelaras serantau untuk sektor swasta, dan keupayaannya untuk merekrut ahli baharu, mengumpul dana dan membuat kontrak rasmi dan perkongsian dengan rakan kongsi.

Langkah-langkah khusus untuk mengarusperdanakan penyertaan kerajaan tempatan pula termasuklah;

(a) Membangunkan sistem komunikasi yang mantap untuk memudahkan maklumat menegak dan mendatar untuk mengalir;
(b) Cadangan penubuhan sekretariat peringkat sub-nasional sebagai pusat tumpuan dalam negara untuk berhubung dengan badan IMT-GT dalam negara lain dan perniagaan tempatan; dan
(c) Melaksanakan program pembinaan kapasiti yang disasarkan seperti program mengenai menyedarkan rakyat tentang potensi manfaat dan impak program IMT-GT terhadap komuniti tempatan.

Melalui usaha di peringkat projek dan institusi ini dapat melengkapkan rakyat yang terlibat dengan pengetahuan dan kemahiran yang akan membolehkan mereka memperjuangkan kepentingan tempata dan meningkatkan kapasiti pengurusan projek dengan pandangan menjana projek dari bawah ke atas.

Indonesia, Malaysia dan Thailand terletak secara strategik di tengah-tengah Indo-Pasifik menjadikan ketiga-tiga negara ini berjaya mencipta formasi segi tiga. Segi Tiga Emas ini yang bertujuan untuk merancakkan pembangunan ekonomi di Indonesia, Malaysia dan Thailand dapat menyediakan rangka kerja sub-serantau untuk menggalakkan ekonomi, kerjasama dan integrasi.

IMT-GT kini memiliki aset kawalan yang besar di ASEAN serta kelebihan lokasi terbesar untuk negara yang terbabit. Hal ini membolehkan akses kepada rangkaian perdagangan yang komprehensif secara global.

Walau bagaimanapun, IMT-GT perlu sentiasa direformasi dan direjunevasi dalam usaha mendepani cabaran global yang semakin sengit. Ini penting kerana tata kelola ekonomi yang baik dan terancang serta sentiasa memacu bagi mengelakkan kejatuhan ekonomi yang boleh menyumbang kepada kemudaratan kepada negara, bangsa dan agama. Usaha bersepadu juga amat penting bagi mengelakkan negara yang terbabit di IMT-GT menjadi santapan kepada gergasi ekonomi dunia dan serantau.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM
Felo Bersekutu, Institut Penyelidikan Untuk Indonesia, Thailand dan Singapura, UUM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast