Bapa kepada lima anak dan 18 cucu itu menghias rumah dengan dengan lebih 500 Jalur Gemilang dan bendera kesemua negeri serta pelbagai jenis replika termasuk motosikal dan helikopter.
Tradisi memasang bendera itu telah dilakukannya sejak 2005 yang bukan sahaja bertujuan menaikkan ‘mood’ kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan malah bagi memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi baharu untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang.
Lebih istimewa, Mohd Jumaro turut dilahirkan pada 31 Ogos 1957 iaitu tahun negara mencapai kemerdekaan dan digelar anak merdeka sekali gus menambahkan kebanggaannya sebagai seorang anak Malaysia dan tidak pernah ketinggalan untuk meraikannya dengan caranya sendiri.