Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor akan terus melaksanakan program yang saksama dan adil kepada rakyat berbilang kaum.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau tidak akan mengubah dasar sedia ada dan akan meneruskan program yang saksama kepada rakyat.

“Bila kalah undi Melayu, tidak bermakna saya akan memberikan lebih bantuan kepada masyarakat Melayu dan lupakan Cina dan India. Ini prinsip kita, kita sebagai parti Keadilan harus berlaku adil dan memberikan keadilan dan melaksanakan Keadilan.

“Walaupun kadang-kadang menjadi masalah, percayalah kepada saya sebagai seorang beragama Islam, agama Islam akhirnya berkata perkara akan dinilai dalam kehidupan adalah keadilan,” katanya pada majlis pelancaran Persatuan Eksekutif India Selangor (PEIS), di sini, hari ini.

PEIS merupaan organisasi atau gerakan yang terdiri daripada sembilan Ketua Cabang PKR Selangor berbangsa India bagi memperkasa taraf sosioekonomi masyarakat India di Selangor.

SEmentara itu, Amirudin berkata, sokongan pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) kini berada kemuncak dan akan tiba masanya sokongan tersebut akan turun.

“Sebab sokongan mereka dah hampir sampai 60¬† hingga 65 peratus, itu sudah mencapai tahap maksimum kemenangan mereka dari mana-mana parti yang dapat sokongan Melayu,” ujarnya. – MalaysiaGazette.