SYDNEY – Doktor Australia menemui cacing hidup sepanjang lapan sentimer di dalam otak seorang wanita Australia.
Cacing gelang Ophidascaris yang biasanya ditemui dalam ular sawa telah ditarik keluar daripada seorang pesakit wanita berusia 64 tahun.
Cacing yang masih hidup itu ditemui semasa pembedahan otak.
Profesor Madya Sanjaya Senanayake, pakar penyakit berjangkit terkemuka dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra dalam satu kenyataan media bersama menyifatkan penemuan itu sebagai yang pertama di dunia.
Menurutnya, pesakit telah dimasukkan ke hospital tempatan di tenggara New South Wales (NSW) pada 2021 selepas tiga minggu mengalami sakit perut dan cirit-birit.
Pada tahun 2022, selepas dia mula mengalami kealpaan dan kemurungan, seorang pakar bedah saraf di Hospital Canberra mengenal pasti kelainan pada hadapan kanan otak daripada imbasan MRI, menyebabkan pembedahan yang menemui cacing gelang itu.
Kajian itu membuat hipotesis bahawa pesakit mungkin dijangkiti dengan menyentuh, atau memakan, rumput asli yang telah dibuang oleh ular sawa. – Agensi