PUTRAJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan kepimpinan Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, DNB terlebih dahulu akan membuat pengumuman berkenaan perjanjian dengan syarikat telco esok.
“Sebelum ini semua syarikat telco sudah setuju untuk menandatangani perjanjian akses menyediakan perkhidmatan 5G.
“Tapi ada satu lagi aspek iaitu shared subscription agreement atau pemilikan ekuiti dalam DNB, pengumuman ini akan dibuat sebelum penghujung hari esok,” katanya selepas melancarkan Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Fahmi berkata, Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan rundingan pemilikan saham dalam DNB demi menyokong pembangunan rangkaian 5G sehingga mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk pada akhir tahun ini. – MalaysiaGazette