Dr Noor Azuan Abu Osman (tiga dari kanan) di majlis MoU antara UNITEN dan ACE di Bali, Indonesia pada 25 Ogos 2023.

KUALA LUMPUR – Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pusat Tenaga ASEAN (ACE) secara rasminya menjalin kolaborasi melalui Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam bidang penyelidikan dan inovasi peralihan tenaga baru-baru ini.

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam projek pemodelan tenaga, perhubungan tenaga dan alam sekitar, serta bidang berkaitan perniagaan
seperti pengurusan tenaga, keselamatan tenaga dan ekonomi.

Naib Canselor UNITEN Prof. Ir. Dr. Noor Azuan berkata, kerjasama ini juga akan melibatkan aktiviti pertukaran akademik, perkongsian pengetahuan, penganjuran
persidangan antarabangsa, penerbitan ilmiah, kolaborasi penyelidikan dan penghasilan kertas dasar untuk manfaat pihak berkepentingan dalam bidang tenaga.

Menurut beliau, MoU ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC) antara UNITEN dan ACE berdasarkan kesaksamaan dan faedah bersama.

Noor Azuan berharap MoU bersama ACE tersebut dapat mendorong dan mengukuhkan penglibatan UNITEN sebagai ’think tank’ bagi menyumbang kepakaran universiti dalam menyediakan kajian multidisiplin bidang tenaga di peringkat ASEAN.

“Menerusi MoU ini juga, kemahiran dan kerjasama strategik para akademik dan pelajar dapat dipertingkatkan melalui gabungan kepakaran, latihan praktikal pelajar dan penghasilan penyelidikan tenaga yang dapat memberi penyelesaian tuntas terhadap cabaran semasa yang dihadapi negara,” katanya.

MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UNITEN Osman bersama Pengarah Eksekutif ACE, Dr Nuki Agya Utama sempena Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2023 di Bali Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast