Mohammad Agus menyantuni penduduk Sungai Abong di Program Santun Komuniti Madani hari ini.

MUAR –Jabatan Komunikasi (J-KOM)  menyantuni lebih 600 penduduk sekitar Sungai Abong  yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Desa di sini hari ini.

J-KOM menerusi kenyataan medianya hari ini memberitahu, program yang memasuki siri ketiga itu diadakan sebagai wadah penyatuan komuniti melalui program kerjasama dengan agensi kerajaan di peringkat daerah dan persatuan penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti diadakan bersama komuniti termasuklah sesi taklimat Malaysia Madani, pameran agensi kerajaan, saringan pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, permainan rakyat dan kuiz kenegaraan.

Program tersebut dirasmikan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr.  Mohammad Agus Yusoff.

turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda dan Pengarah J-KOM Zon Selatan, Isham Isma.

Pengarah J-KOM Zon Selatan, Isham Isma (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Hasbie Muda .

Program yang bertujuan untuk menghayati konsep Madani itu turut diselitkan dengan sesi menyantuni empat buah keluarga yang kurang bernasib baik sekitar Sungai Abong.

Lebih menarik lagi, program berkenaan juga dimeriahkan dengan penglibatan lebih 100 orang dalam pertandingan pacak puyu yang diadakan di Parit Setongkat.

Turut diadakan pelepasan konvoi motosikal sejauh 18 kilometer melibatkan 70 anak muda tempatan dengan kibaran Jalur Gemilang dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia.-MalaysiaGazette