KUALA LUMPUR – Saranan supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaan parti itu merupakan pandangan peribadi Datuk Nur Jazlan Mohamed dan bukan pendirian UMNO.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikuti dengan teliti kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berhubung perkara yang dibangkitkan.
Bagaimanapun, katanya, UMNO tidak pernah menyatakan pandangan sedemikian.
“Saya ikuti dengan teliti, itu adalah pendapat peribadi Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazalan bin Tan Sri Mohamad Rahmat
“Itu pendapat peribadi…itu bukan pendirian parti. Kita menghormati rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan jika ada pun permintaan itu biar kita menggunakan saluran melalui mesyuarat kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Dewan Tun Hussein Onn di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kenyataan Nur Jazlan pada Rabu lalu, apabila menyarankan agar semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutama DAP yang berubah menjadi parti yang lebih sederhana jika mahu diterima orang Melayu di negara ini.
Menurut Nur Jazlan, tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza dari sebelumnya, selain daripada parti itu meminda Perlembagaan parti berkenaan sekaligus menggugurkan dua elemen berkenaan.
Katanya, dua agenda itulah yang terus menjadi trauma kepada orang Melayu dan membuatkan mereka tidak boleh menerima perjuangan DAP. – MalaysiaGazette
ayat apa yang sesuai watak ZAHID HAMIDI ni? Ada Kes dia anggap DUN UMNO tetap pengkhianat hadir Majlis PN PAS walau ahli itu kata “PERIBADI”.
Kini Nur Jazlan kutuk Perlembagaan DAP atas kapasiti SENATOR dan MKT UMNO boleh pulak ZAHID kata itu “pendapat PERIBADI”… ZAHID juga tidak menghalang atau “BERLAINAN PENDAPAT”DAP dengan USAHA DAP itu. akarumbi UMNO perlu siapsiaga…. siapa ZAHID HAMIDI sebenarnya? siapa Si KITOL Modern sebenarnya?