Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching beramah mesra bersama wanita perpaduan pada Himpunan Wanita Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Dewan Caberal Palsy Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 02 SEPTEMBER 2023.

JOHOR BAHRU – Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP mengakui jentera wanita Barisan Nasional (BN) telah banyak membantu Pakatan Harapan (PH) dalam berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September ini.

Teo Ning Ching berkata, jentera wanita telah banyak bertungkus lumus membantu calon PH seumpama calon itu lahir dari parti Barisan Nasional (BN) sendiri.

“Kita nak ucap jutaan terima kasih kepada jentera wanita yang banyak membantu Pakatan Harapan (PH) dalam kabinet ini dan sebenarnya  bukan semagat wanita sahaja tetapi semua wanita saya dapat rasai kehadiran mereka, bantuan mereka untuk bergerak seperti ini.

“Saya percaya ini adalah tanda menggalakkan dan berharap dengan kerjasama yang begitu rapat antara PH dan Barisan Nasional kita boleh menangi kerusi Parlimen Pulai supaya calon PH boleh angkat sumpah pada 11 September ini kerana ia waktu berlangsung sidang Parlimen,” katanya ditemui media pada Himpunan Wanita Perpaduan hari ini.

Ning Ching melihat gerakan bersama jentera wanita BN dan UMNO adalah sangat penting dalam PRK untuk memastikan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat dapat memenangi kerusi di kawasan berkenaan.

Beliau mengakui cabaran utama PH adalah untuk memberitahu pengundi tentang kewujudan calon PH daripada parti bersekutu Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, PH sememangnya akui berlaku kesukaran untuk pengundi mengenali calon tanpa bantuan BN.

“Saya rasa pertamanya cabaran utama banyak yang tidak tahu ada PRK saya rasa itu adalah satu hakikat yang kita tidak boleh nafi.

“Oleh sebab itu kempen pintu ke pintu adalah sangat berkesan kerana adalah cara kita mendekati mereka supaya kita boleh beritahu mereka ada PRK sekarang dan undi  pada 9 September ini.

“Kalau mereka ada anggota keluarga yang kerja di Singapura  mereka boleh balik waktu itu dan boleh mengundi,” ujarnya.

Beliau juga mahu jentera memaklumkan kepada penduduk di dalam kertas undi tidak ada lambang dacing tetapi mereka perlu mengundi PH kali ini.

“Kerana kita tahu UMNO kuat lagi khasnya dalam golongan wanita dan kekuatan mereka lebih kuat daripada lelaki. Wanita hard core supporter dan sebab itu saya percaya bahawa jentera wanita BN dan jentera UMNO adalah sangat penting dalam PRK untuk memastikan calon PH menang,” jelasnya.

Beliau juga berkata,parti itu kini banyak belajar dari kesilapan lalu dan berharap kerjasama dengan BN bukan sahaja pada PRK malah kekal sampai bila-bila.

“Saya rasa bahawa kami banya program walkabout dan kita boleh tunjuk bahawa sekarang kita boleh duduk dalam Kerajaan Perpaduan dan itu pesanan yang telah kita buat kepada rakyat.

“Memang dahulu kita lawan tetapi kami terima mandat rakyat jelata pada 19 November tahun lalu dan sekarang kita duduk dalam Kerajaan Perpaduan dan kita perlu ketepikan perbezaan kita sebelum ini dan perlu fokus supaya kita boleh berfungsi sebagai kerajaan yang efisien dan itu penting,” katanya.-MalaysiaGazette