Sheikh Omar turun padang bantu berkempen dalam menghadapi PRK Parlimen Pulai 9 september ini.

JOHOR BAHRU – Orang Melayu diseru supaya jangan takut dengan slogan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP.

Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Sheikh Omar Bagharib Ali berkata, apa yang diperjuangkan parti itu sama sekali tidak bercanggah dengan Perlembagaan, malah selari dengan prinsip Rukun Negara.

“Ini merupakan slogan adalah kerana slogan tersebut merujuk kepada Malaysia untuk rakyat Malaysia dan selama ini tidak pernah menimbulkan masalah.

“Kita tidak seharusnya mengelak daripada polemik ini berterusan sebaliknya mencari titik persamaan perpaduan (antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional) untuk berkempen dalam pilihan raya ini.

“Sebab itu kita setuju bentuk Kerajaan Perpaduan dan (semua parti) setuju Perlembagaan parti ini, tiada masalah antara satu sama lain. Jadi seharusnya perkara ini tidak timbul,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah di sini, pada malam tadi.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, slogan itu tidak seharusnya dijadikan isu lebih-lebih lagi dalam suasana kempen dan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Sebaliknya pengundi harus lebih berfikiran rasional dalam menentukan sesuatu tindakan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.

Turut hadir dalam ceramah malam tadi, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong merangkap engerusi DAP Johor; Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik, Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan calon PH, Suhaizan Kayat.

Dalam hantaran di Facebook baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta DAP  menggugurkan slogan Malaysia Malaysian dan  sentimen negara sekular yang diperjuangkan oleh DAP.

Nur Jazlan berkata, dua agenda parti itu yang menyebabkan orang Melayu trauma dan masih tidak boleh menerima DAP.

Orang Melayu berangapan agenda sekular dalam DAP bertentangan sama sekali dengan syariat Islam dan Melayu. MalaysiaGazette

Melayu masih trauma dengan sentimen Malaysian Malaysia, negara sekular DAP