Saturday, December 14, 2024
Home Sukan Getafe janji bantu Greenwood

Getafe janji bantu Greenwood

Mason Greenwood. Foto Twitter Getafe FC.

LONDON – Ketua jurulatih Getafe, Jose Bordalas mempertahankan keputusan kelab itu untuk menerima Mason Greenwood dalam usaha membantu penyerang itu menemui semula rentak terbaiknya.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai pasukan LaLiga secara pinjaman  daripada Manchester United pada hari terakhir jendela perpindahan.

United telah menggantungnya sejak Januari 2022 atas dakwaan berkaitan seorang wanita selepas imej dan video yang tular dalam talian

Greenwood menghadapi tuduhan termasuk cubaan merogol dan melakukan kekasaran, tetapi Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota mengumumkan pada Februari bahawa kes itu telah dihentikan.

Bordalas memberitahu, ia adalah situasi yang sangat rumit untuk meremehkan isu itu.

“Semua orang tahu bagaimana ia berakhir dengan hukuman tidak disabitkan ke atas dirinya. Dia adalah pemain bola sepak yang sangat tinggi dan tiba di Getafe dengan penuh semangat,” katanya.

Sementara itu, United akan membayar lebih daripada 50 peratus gaji Greenwood sepanjang tempoh pinjaman pemain tersebut bersama Getafe dan kelab itu dilaporkan hanya akan menanggung sebahagian kecil sahaja gaji pemain tersebut.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano juga melaporkan bahawa Greenwood akan kembali ke United pada Jun 2024 selepas tempoh pinjamannya bersama Getafe selesai. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.