Mohd Hatta Ramli

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Mohd Hatta Md. Ramli berkata, keputusan parti itu dibuat atas prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh Amanah selama ini.

“Kita yakin proses perundangan dan prosiding mahkamah di sepanjang perjalanan kes ini telah pun dicermati dan diadili oleh Yang Arif Hakim.

“Namun, Amanah menzahirkan pandangan atas dasar integriti dan kebertanggungjawaban supaya Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberikan suatu penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya percaya dengan penjelasan terperinci tersebut akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak sekali gus mengangkat integriti institusi undang-undang negara khususnya Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – MalaysiaGazette

Zahid dilepas tanpa bebas oleh Mahkamah Tinggi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast