Ahmad Zahid Hamidi keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hakim melepas tanpa membebaskannya daripada semua pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga timbalan perdana menteri selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar bahawa Jabatan Peguam Negara mahu memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

“Selaras dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah, pihak pendakwaan ingin memberhentikan prosiding ke atas semua pertuduhan terhadap tertuduh (Ahmad Zahid) dengan mengemukakan 11 alasan,” katanya.

Tetapi, peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon supaya Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan kerana ia tidak adil kepada anak guamnya berikutan tuduhan ke atasnya ‘tergantung’ tanpa ada kepastian.

Tegas beliau, memandangkan pihak pendakwa sudah memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahmad Zahid, anak guamnya dengan itu hendaklah dibebaskan oleh mahkamah.

Berikutan itu, prosiding ditangguh seketika untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan.

Ahmad Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Bagi tuduhan pecah amanah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa menggunakan dana yayasan untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga dituduh menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Bagi 27 pertuduhan pengubahan wang haram, Ahmad Zahid didakwa membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 26 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Pada 24 Ogos lalu, barisan peguam tertuduh Hisham Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, dalam satu kenyataan media, memohon keputusan representasi yang dihantar pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023 disegerakan sebelum pihak pembelaan memanggil lebih ramai saksi dalam perbicaraan kes itu.

Permohonan representasi setebal 200 muka surat itu turut dikepilkan surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bertarikh 20 Februari lalu yang menyatakan agensi itu menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti baharu dikemukakan oleh pembelaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendakwaan mohon henti prosiding, Zahid mungkin dilepas

1 Komen

  1. ia telah dijangkan awal sejak zahid munafik menjuburi anwar utk jawatan TPM. hajat zahid sejak TSMY jadi pm…supaya kesnya dilepaskan….tapi tsmy berprinsip .zahid dan anwar merancang yg tersurat dgn MENYALAK GAGAL GAGAL GAGAL dan TIADA KEABSHAN TSMY…..JADI RAKYAT pun TIDAK TERPERANJAT atau gembira dengan keputusan….peliknya AG tidak pula tergesa2 ingin buat RAYUAN SEMAKAN SEMULA…berbanding kes BEBAS TSMY yang diFITNAHH ANWAR MUNAFIK sekutunya TSMY menyakau RM600bilion….bila HILANG TELOR KEMALUAN ubah pada rm250juta

    yakinlah GOLONGAN MUNAFIK dan PEMFITNAHH akan terima BALASAN ALLAH dunia akhirat

Comments are closed.