Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Pahang akan mengemukakan senarai enam nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober depan.

Menteri Besar,  berkata, senarai itu akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ramai calon yang berpotensi, berkaliber, berwibawa antara enam calon ini dan akan diteliti dan akan diputuskan sebelum atau pada 17 September nanti,” katanya selepas merasmikan majlis Penutupan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutab Ulu Cheka, Jerantut dan Majlis Meraikan Pengekalan Man and Biosphere (MAB) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Tasik Chini, di sini, hari ini.

Kerusi DUN Pelangai diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Johari yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Ketika itu, beliau menang pertembungan empat penjuru dengan memperoleh 7,308 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat; calon Pakatan Harapan (PH), Ahmed Wafiuddin Shamsuri; dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Isa Ahmad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast