Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution

JOHOR BAHRU – Keputusan untuk menyediakan laluan khas untuk pengundi yang bekerja di Singapura akan dibuat selepas maklum balas diterima jentera parti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk SeriSaifuddin Nasution Ismail akan ke Singapura esok untuk bertemu rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran itu bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka

“Saya akan diberi taklimat oleh jentera pilihan raya tentang bagaimana mereka telah pun akses dari segi penyebaran maklumat sepanjang maklum balas yang diterima tentang kesediaan pengundi yang bekerja itu sama ada balik atau tidak.

“Esok pun saya akan berada di Singapura pada sebelah petang untuk berjumpa sendiri untuk berjumpa mereka untuk dengar sendiri  daripada mereka,” katanya selepas mengadakan ceramah kelompok di Taman Anggerik, di sini, hari ini.

Namun jelas beliau, kerajaan kekal dengan penderian semasa iaitu tidak menyediakan laluan khas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Sebelum ini, Calon Perikatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat memohon Jabatan Imigresen membuka laluan khas di kompleks sempadan Johor-Singapura pada 9 September ini.

Katanya, ia bagi memudahkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi pada PRK khususnya di Parlimen Pulai. – MalaysiaGazette