SEPANG – Penahanan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan tidak memberi jaminan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low akan dapat dibawa pulang ke negara ini tidak lama lagi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini kerana masih banyak faktor perlu diambilkira termasuk tempoh dan hasil siasatan ke atas Jasmine.

“Dia (Jasmine) dalam siasatan dan kita soal siasat dia bagi kes pengubahan wang haram dan rasuah.

“Dia bukan di bawah penjagaan kami tapi dia bawa polis, polis bawa dia kepada kami untuk bantu soal siasat. Setakat ini tempoh soal siasat adalah selama tiga hari tetapi kalau ada keperluan untuk tambah kami akan minta polis bantu kita.

“Saya tidak pasti kalau awak tanya pendapat saya belum lagi masih jauh (Jho Low hampir temui),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Kali Ke-2 Tahun 2023 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA di sini pagi ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua aset diperoleh Jasmine hasil daripada penyelewengan dana 1MDB dan hadiah daripada  Jho Low.

Antara aset dirampas dan dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) milik bekas peguam 1MDB itu keseluruhannya bernilai RM93.2 juta.

Menurut Ayob, wanita terbabit yang dilantik sebagai penasihat undang-undang 1MDB menerima bayaran gaji bulanan berjumlah RM40,000 sejak Mei 2011.

Mengulas lanjut, Azam memberitahu, sehingga kini, polis dan SPRM sedang berusaha untuk membawa pulang sekiranya ada lebihan wang 1MDB yang telah ditemui sebelum ini.

“Tapi setakat ini jumlah wang yang berjaya dibawa balik dan itulah jumlahnya.

“Saya tidak pasti daripada siasatan kita saya tidak pasti ada lagi atau tidak tapi kalau ada kita akan cuba untuk bawa balik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. JHLOW ADA SAKA JIN…..sampai skrg menghilang dari radar SPRM PDRM INTERPOL…menantu TSMY cepat pula hantar NOTIS MERAH dan ARAHAN BALIK….SANDIWARA

Comments are closed.