Amira Aisya Abd Aziz

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana, Menteri Datuk, Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan langkah kebelakang agenda reformasi Kerajaan Madani.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila bimbang dengan keputusan ACG membuat ‘pusingan U’ selepas kes yang dibicarakan selama empat tahun, melibatkan 99 saksi dan Mahkamah Tinggi memutuskan terdapat prima facie.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, rakyat mengundi untuk menghapuskan rasuah, salah urus dan memberi tanggungjawab kepada mereka yang dipilih.

Rakyat tidak sama sekali mengundi kerana mahu melihat kes rasuah disingkirkan daripada mahkamah, ujarnya.

Beliau juga kesal kerana AGC hanya menjawab isu tersebut melalui kenyataan dua perenggan yang pendek dan tidak responsif.

“Adakah ini Malaysia yang kita mahukan? Mampukah Malaysia makmur jika kita terus menggugurkan setiap kes rasuah ahli politik elit?

“Tuntut daripada Ahli Parlimen dan ADUN anda pendirian mereka kerana, pada masa ini saya merangka kenyataan ini hampir tidak ada yang menentang keputusan AGC.

“Apa yang saya tahu pasti Zahid bebas berkeliaran tanpa sebarang pertuduhan rasuah terhadapnya, dan beliau kini adalah Timbalan Perdana Menteri kita di bawah Kerajaan Madani,” kata Amira Aisya.

Sebelum ini beliau menuntut kerajaan melaksanakan tiga perkara iaitu Peguam Negara wajib menjawab isu tersebut di Parlimen dan menuntut Ahmad Zahid didakwa semula di mahkamah.

Selain itu kerajaan perlu menetapkan tarikh untuk memisahkan peranan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwaraya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pompuan gemuk ni tak sedar diri langsung. Tulah sebab tak tau nak pikir. Otak kau ni sontot. Elok kau gesa AGC cepatkan kes mahkamah ketua MUDA kau tu yang hipokrit. Tak payah sibuk pasal DSZH DAN UMNO. Jangan jadi macam lbu kena cucuk hidung. Boleh jalan dah.

  2. Ambil kesempatan utk tunjuk kehebatan ulas isu2 sensasi sebegini agar kelihatan masih wujud padahal result pru15 n prn baru2 ni telah ditunjuk pintu jalan keluar oleh pengundi yg parti ni adalah parti cap ayam

Comments are closed.