Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat sebagai pembekal program sebuah jabatan di Kelantan.

Menurut sumber, suspekyang ditahan pada jam 9.45 pagi tadi turut meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat perlantikan sebagai pembekal bertujuan memperdayakan pemilik syarikat itu untuk meminta bayaran.

Terdahulu, lelaki yang berusia 30-an itu hadir ke  pejabat SPRM Kelantan  untuk memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-MalaysiaGazette