Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melawat tapak pameran ketika hadir ke Pameran Udara Selangor 2023 di Skypark RAC, Bukit Jelutong, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 07 SEPTEMBER 2023.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menyasarkan nilai transaksi kira-kira RM700 juta menerusi penganjuran Pameran Udara Selangor (SAS) edisi ketiga di Skypark, Bukit Jelutong, dekat sini.

Anggaran itu dinyatakan Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari yang bakal diperolehi menerusi pameran tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu.

Menurut beliau, antara negara terlibat dalam SAS kali ini ialah Amerika Syarikat, Perancis, Denmark, Singapura, Australia dan Hong Kong dengan sasaran lebih 20,000 pengunjung.

Mula dianjur sejak 2021, SAS menjadi landasan kerajaan negeri menggalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa, sekali gus membantu syarikat tempatan serta usahawan kecil dan sederhana meneroka bidang itu.

“Selangor kini menjadi mercu tanda sektor pembuatan, penyelidikan dan perkhidmatan aeroangkasa yang mampu menarik penggiat industri di peringkat antarabangsa,” katanya pada majlis perasmian SAS, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan MoU berkait pembangunan Taman Aero Selangor (SAP) antara Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dengan penggiat industri aeroangkasa iaitu SIMAero, Sir Ventures, Dviation Group, Bibus Metals, Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) dan Subang MRO. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast