Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Majlis Pelanaran Progtam Madani Care di PPR Meana Indah, Johor Bahru. Foto. MUHD NA’IM, 08 SEPTEMBER 2023.

JOHOR BAHRU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan diibaratkan seperti ‘buta warna’ kerana tidak pernah memilih bulu atau mana-mana parti dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan ketika berlaku bencana.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata, ini kerana kerajaan hari ini juga tidak pernah memilih untuk memberi bantuan mengikut parti tertentu walaupun dari pembangkang.

“Umpamanya ada kerajaan negeri yang tidak bersama dengan Putrajaya kita tetap membantu kerana kita Kerajaan Perpaduan ini buta warna, tak kira apa parti politik kita bantu.

“Atas nama tanggungjawab dan (nilai) kemanusiaan kita tetap membantu rakyat yang ditimpa bencana,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Madani Siaga peringkat Negeri Johor di PPR Melana Indah, Perling petang tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu turut mengingatkan pengundi di Parlimen Pulai supaya  tidak menawarkan diri untuk menjadi mangsa kepada calon yang bukan daripada kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) esok.

Ini jelasnya hanya akan merugikan diri sendiri.

“Esok hari penting dan esok juga hari penentuan, mereka (calon) datang dan pergi. Calon dikehendaki itulah calon kita sebagai pemimpin di Pulai ini.

“Namun saya percaya orang-oran Johor terutama penduduk di sini (Pulai) bijak memilih dan tahu siapa lebih layak,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast