Penduduk,Azhar Zainal Abidin bercakap kepada media selepas Program Santai Anak Muda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Restoran Nasi Ayam Nor, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 07 SEPTEMBER 2023.

JOHOR BAHRU – Calon yang dipilih perlu mempunyai ketegasan dalam kepimpinan dan membawa suara anak muda di Parlimen selain mampu membawa pembangunan kepada golongan belia.

Itu permintaan yang disuarakan golongan pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Mereka yang yang ditemui berpendapat kestabilan dan kesejahteraan politik menjadi keutamaan dan diperkasa oleh bakal pemimpin yang dipilih.

Golongan itu juga memilih wakil yang didukung untuk menerajui kerajaan dalam usaha memastikan belia seiring dengan pembangunan negara.

Azhar Zainal Abidin, 35 berpandangan sebagai belia beliau yakin dengan kepimpinan kerajaan Perpaduan pada masa kini yang banyak mebawa agenda rakyat tanpa meminggirkan golongan belia.

“Memang kita melihat kepada calon  tetapi dalam masa sama kalau semata-mata menyebabkan seseorang calon tidak membawa perubahan yang besar jadi memerlukan bantuan daripada parti. Kalau parti itu bergerak maka rakyat akan melihat parti ini boleh membangunkan negara keharmonian kepada negara.

“Kalau untuk golongan belia memang kita melihat kepada kelebihan calon, setakat hari ini kerajaan Perpaduan ini atau Pakatan Harapan pilihan begitu positif dan calon ini juga memberi sokongan oleh kerajaan perpaduan pada hari ini.

“Ya betul kerana kita lihat apa yang nak dibawa pada hari ini dan sekiranya rakyat di sini memilih selain daripada calon kerajaan Perpaduan maka akan merencatkan sedikit Pembangunan belia di parlimen Pulai ini,” katanya.

Abdul Razak Ismail bercakap kepada media selepas Program Santai Anak Muda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Restoran Nasi Ayam Nor, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 07 SEPTEMBER 2023.

Perkara sama turut disokong Abdul Razak Ismail, 32, yang yakin bahawa kerajaan sedia ada kini banyak memberi tumpuan kepada golongan belia.

Secara peribadi menurut beliau, banyak lagi pembangunan yang dapat nikmati golongan belia sekiranya mereka mengekalkan kerajaan sedia ada.

“Biasanya anak muda melihat kepada trend dan saya rasakan anak muda memilih kerajaan lebih stabil supaya anak muda ini sama-sama dapat bangunkan kerajaan  dalam negara ini dengan lebih baik dan harmoni tanpa prejudis pelbagai pihak.

“Biasanya kalau di Johor biasanya kita akan pilihn kerajaan gabungan iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kerana negeri Johor pun kerajaannya Barisan Nsional dan Pakatan Harapan dan Persekutuan juga Pakatan Harapan dan Barisan Nasional,” jelasnya.

Mohamed Umar Mohamed,25, berkata, belia kini lebih bijak memilih dan mampu melihat keupayaan seseorang pemimpin yang bakal dipilih untuk memastikan suara mereka didengari tanpa rasa disihkan.

Muhammad Umar Mohamed bercakap kepada media selepas Program Santai Anak Muda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Restoran Nasi Ayam Nor, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 07 SEPTEMBER 2023.

“Pada saya memilih kerajaan stabil dan boleh buat pelaburan dan ekonomi yang baguslah untuk negara kita ini dan Pakatan Harapan  parti gabungan paling serasi pada ketika ini.

“Saya harap kerajaan ini akan kekal pada waktu lama agar segala manifesto dapat dikekalkan,” jelasnyar

Ain Hazwani, 27 pula mahukan bakal calon yang dipilih mendengar suara belia bagi memastikan mereka juga menikmati selayaknya.

Ain Hazwani Onn bercakap kepada media selepas Program Santai Anak Muda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Restoran Nasi Ayam Nor, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 07 SEPTEMBER 2023.

Beliau juga sudah pasti akan memilih pemimpin yang berkaliber.

“Dalam sifat kaliber akan membawa satu agenda membawa tanggyngjawab baik, jujur, Amanah dan membawa suara belia dan belia ini perintis kepada negara.

“Sepatutnya memang kita kena kekalkan pada calon daripada kerajaan Perpaduan memandangkan calon sekarang dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Jadi dari situ anak muda boleh membawa satu suara sekiranya calon Suhaizan Kayat menang, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast