Abdul Ghani Salleh

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, esok.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, para pengundi diminta merancang perjalanan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Kebetulan esok Johor cuti dan harapkan mereka yang kerja di Singapura dapat bercuti laksanakan tanggungjawab,” katanya selepas meninjau persiapan akhir PRK Parlimen Pulai di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini, hari ini.

Pusat mengundi akan dibuka pada jam 8 pagi hingga 6 petang, dengan 294 jumlah saluran di 47 pusat mengundi di Parlimen pulai, manakala 68 jumlah saluran di 14 pusat mengundi bagi DUN Simpang Jeram.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, keputusan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dijangka diumumkan seawal jam 9 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast