Anthony Loke.

KUALA LUMPUR – DAP tidak akan melayan sebarang kenyataan bersifat saranan yang mahu UMNO bertanding solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, selagi tidak dinyatakan secara rasmi oleh Presiden UMNO mahupun pimpinan parti itu, pihaknya menganggap kenyataan sedemikian sebagai pandangan peribadi pemimpin.

“Itu Isham Jalil yang cakap. Dia bukan mewakili parti. Dia tidak mewakili UMNO, dia hanya pemimpin sahaja. Tak apalah,” katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media mengenai perkhidmatan bas di Hentian Bas KL1937 LRT Masjid Jamek di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu agar Barisan Nasional (BN) bertanding dalam pilihan raya secara solo tanpa bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP bagi mengembalikan keyakinan akar umbi terhadap parti.

Kata Isham, UMNO boleh kekal dalam Kerajaan Perpaduan bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, namun parti itu boleh bertanding dalam pilihan raya sebagai Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast