Mona Lisa dan Mohd Rizwan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu – masing-masing seorang wanita dan lelaki bagi membantu satu siasatan kes.

Individu pertama bernama Mona Lisa Ismail, 45, mempunyai alamat terakhir di No. 20, Lot 2589, Jalan Lapangan Terbang, Kuching, Sarawak.

Manakala individu kedua, Mohd Rizwan M Ismail, 30, beralamat terakhir Kampung Bawang, Peti Surat 75, 89257 Tamparuli, Sabah dan kini diperlukan untuk siasatan SPRM.

Bagaimanapun SPRM tidak memaklumkan kes yang disiasat melibatkan kedua-dua individu berkenaan.

Sehubungan itu, SPRM Sarawak menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut diminta agar segera menghubungi pegawai penyiasat, Khairil Ammar Faisal Bin Azman di talian 082-467 701 atau 018-571 4510 atau e mel kepada [email protected] . – MalaysiaGazette