KUALA LUMPUR – Pengampunan hanya boleh diberikan oleh manusia dalam kes yang melibatkan hak manusia sahaja iaitu mangsa, seperti jenayah kecederaan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tiada pengampunan melibatkan hak Allah seperti mencuri, berzina, meliwat, meminum arak dan perkara yang merosakkan akal, termasuklah kes dadah.
“Kaedah lepas tanpa bebas (DNAA) tidak terpakai terhadap pencuri yang dihukum penjara kerana mencuri tabung masjid sebanyak RM22.
“Kenapa tidak dipastikan adakah dia mencuri kerana kelaparan atau ada apa-apa sebab yang lain?
“Sebaliknya, DNAA dilaksanakan dalam tuduhan rasuah melibatkan angka ratusan juta ringgit terhadap seorang bangsawan yang sedang menghadapi perbicaraan belum selesai.
“Adakah tiada rasa malu apabila melakukan perbuatan itu? Malangnya, ramai pula yang berilmu mempertahankan tindakan itu kerana ingin mengampu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Pengerusi Biro Undang-undang Amanah Zulqarnain Lukman menyanggah kenyataan Abdul Hadi tentang tiada keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam sistem kehakiman Islam.
Zulqarnain berkata, DNAA adalah berkaitan dengan aspek prosedur yang kebanyakannya diputuskan berdasarkan ijtihad semasa.
Pengamal undang-undang itu juga membangkitkan Enakmen Tatacara Syariah (Terengganu) 2001 yang turut mengandungi peruntukan berkaitan DNAA, iaitu dalam Seksyen 103.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, perkara ini bukan sahaja tertakluk dalam undang-undang dalam negeri, bahkan melibatkan undang-undang antarabangsa.
“Ada perkara berkait dengan hak manusia dan ada perkara berkait dengan hak Allah yang tertakluk bawah hak umum, sama ada jenayah dan lain-lain.
“Di samping itu, harus juga diambil kira aspek Maqasid al-Syari‘ah dan Siyasah Syar‘iyyah yang tidak wujud dalam undang-undang ciptaan manusia,” katanya.
Tambah beliau, dalam aspek DNAA terpilih, apatah lagi melibatkan campur tangan dalam kalangan bangsawan dan pemerintah, yang diberikan DNAA tidak boleh disamakan dengan kaedah-kaedah dan peruntukan sedia ada dalam syariat Islam.
“Ini kerana ia berwawasan akhirat dan menyerlahkan keadilan tanpa mengira darjat,” katanya. – MalaysiaGazette
Beri geran tanah kat Keling boleh pula supaya Palestine kena beri geran tanah kepada kibbutz demi solusi dua negara.