KUALA LUMPUR – Gerakan Baju Merah membuat pusingan U dan membatalkan hasratnya untuk bertembung dengan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang menganjur Himpunan Selamatkan Malaysia, Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pembatalan itu susulan tindakan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Hadi didakwa mahu menukar lokasi baharu dari pusat beli-belah Sogo ke Kampung Baru, di sini.

“Saya dimaklumkan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda PN akan diadakan di Kampung Baru.

“Gerakan Baju Merah tidak akan terlibat untuk berhimpun di tempat yang sama.

“Kami hanya akan mengadakan perhimpunan sekiranya mereka mengadakannya di Sogo atau pun Bukit Bintang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Gerakan Baju Merah tidak teragak-agak turun ke jalanan dan bertembung dengan Pemuda PN jika mereka mahu meneruskan demostrasi, pada Hari Malaysia yang disambut pada 16 September ini.

Jamal sedia mengerakkan ribuan ahlinya di bawah Gabungan NGO Malaysia bagi menghalang tunjuk perasaan itu menjejaskan keharmonian negara.

Dalam pada itu, penganjuran perhimpunan tunjuk perasaan itu hanya akan menjejaskan kawasan Bukit Bintang dan SOGO yang menjadi tumpuan kepada pelancong luar.

“Bukit Bintang dan Sogo merupakan lokasi tumpuan pelancong luar negara dan himpunan itu akan menjejaskan ramai peniaga di lokasi utama bandaraya itu.

“Semoga perhimpunan yang dikatakan aman itu, dilaksanakan dengan penuh berhemah,” katanya.

Ahad lalu, Pemuda PN mahu menganjurkan himpunan itu sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akal Budi pada 4 September lalu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. jamal yunos dan umnogok kenapa membisu ketika P akatan H ancing DAPIGS mencabar kedaulatan raja melayu dan islam….tidak perlu berlakon seperti ayam jantan BERKOKOK berderai2 tapi ekor penuh TAHI

  2. BAJU MERAH jangan mengalah terus maju. Presiden kita sedang di asak oleh Pemuda PN yang bahalolngok otak lembu. Pertahankan Presiden kita. Serang dengan bijaksana.

Comments are closed.