Najib
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersoalkan mengapa pihak pendakwaan membebas tanpa melepaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi pendakwaan meminta kes pecah amanah sebanyak RM6.6 bilion melibatkan International Petroleum Investment Company (IPIC) melibatkan Datuk Seri Najib dibicarakan pada bulan Jun tahun depan.

Tempoh itu adalah hampir enam tahun selepas Najib didakwa, tegas pemerhati politik, Lim Sian See.

Beliau mengulas kenyataan Anwar berhubung isu DNAA melibatkan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri.

Dalam kenyataan di Singapura baru-baru ini, Anwar mempertahankan Ahmad Zahid berhubung keputusan pasukan pendakwaan baru-baru ini untuk menghentikan perbicaraan terhadap 47 pertuduhan rasuah.

Anwar berkata, keputusan itu terletak dalam bidang kuasa peguam negara.

Namun beliau mendakwa pertuduhan terhadap Ahmad Zahid Hamidi boleh “dipersoalkan” dan tidak dijalankan secara profesional.

“Adakah 47? Setiap cek adalah pertuduhan. Jadi pertuduhan itu boleh dipersoalkan. Setiap cek yang dikeluarkan adalah pertuduhan dengan sendirinya, yang tidak semestinya dilakukan secara profesional,” katanya ketika ditanya mengenai keputusan menggugurkan pertuduhan rasuah dalam sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken di Singapura.

Anwar juga memetik dakwaan “dokumen bocor” yang kononnya menunjukkan bahawa anggota pendakwaan menentang pertuduhan terhadap Zahid.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau tidak mempunyai peranan dalam melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid.

Mengulas kenyataan itu, Sian See berkata: “Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan kes dan meniliti setiap dari 47 tuduhan tersebut (bila saya tanya, ramai kata mereka tak tahu pun apa kesalahan yang Zahid sebenarnya didakwa untuk), saya bersetuju bahawa tuduhan ke atas Zahid adalah tidak patut sama sekali.

“Tetapi saya nak tanya Anwar, memo dalaman bagi kes IPIC Najib juga terbocor malah terbocor dua minggu sebelum memo Zahid,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Malah, menurutnya, kes Najib tidak pernah dibicara di mahkamah sejak lima tahun didakwa setelah pendakwaan berulang kali minta tangguh.

Ianya sangat berbeza dengan kes Zahid, yang mana hakim sudahpun mendapati prima facie dan Zahid dalam fasa pembelaan diri ketika dia diberi DNAA.

Selain itu, Sian See berkata, penyelesaian sebanyak RM8.08 bilion antara kerajaan dengan IPIC pada awal tahun ini adalah bukti kukuh bahawa perjanjian penyelesaian yang dibuat Najib adalah langkah yang betul.

“Kerajaan tak rugi apa-apa duit malah mendapat keuntungan berbilion-bilion dari tindakan Najib.

“Jadi, kenapa pula pendakwaan memberi DNAA pada Zahid tetapi pendakwaan pula minta kes IPIC Najib mula dibicara pada bulan Jun 2024 tahun depan – iaitu hampir 6 tahun selepas Najib didakwa?,” soal beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.