Gambar hiasan.

CHUKAI – Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor, dekat persimpangan empat Jalan Cheneh-Mak Lagam, direman empat hari mulai hari ini.

Hakim Wan Suhaila Mohd mengeluarkan perintah reman berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori berusia 44 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini kira-kira 9 pagi dengan diiringi anggota polis.

Dalam kemalangan pada 2 petang semalam, mangsa Ammir Hussein Mohamad, 38, bersama dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein,1, maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh lori pasir yang keluar dari arah kiri secara tiba-tiba.

Dua lagi anggota keluarga iaitu isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, cedera parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. – BERNAMA

Tiga beranak maut kemalangan di Kemaman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast