perkhidmatan bantuan guaman Azalina UMNO
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memberikan bayangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, esok.

Azalina berkata, sesi itu berkemungkinan akan dibuat pada jam 2.30 petang.

“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan ‘Good’ itu dia akan jawab esok insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.

“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan kita perlu berlaku adil,” katanya ketika Anwar memasuki Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Anwar tidak menolak kemungkinan untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen.

Anwar berkata: “Mungkin, insya-Allah” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran minggu lalu.

Sebelum ini, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan sendiri di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast