Tiga dari lima warga AS yang dibebaskan dari penjara Iran.

WASHINGTON – Lima rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dipenjarakan selama bertahun-tahun di Iran sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Mereka merupakan individu yang bebaskan dalam dalam pertukaran kontroversi melibatkan pemulangan dana Iran berjumlah AS$6 bilion dipegang oleh Korea Selatan yang dimasukkan ke dalam bank-bank di Doha.

Dana itu adalah daripada jualan minyak yang dibenarkan dan dimasukkan ke dalam akaun yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Donald Trump.

Pegawai pentadbiran Joe Biden menegaskan dana yang telah dipindahkan ke akaun di Qatar, boleh digunakan oleh Iran hanya untuk pembelian berkaitan kemanusiaan dan setiap transaksi akan dipantau oleh Jabatan Perbendaharaan AS.

Qatar adalah pengantara dalam ‘urus niaga’ ini.

Warga AS itu termasuk ahli perniagaan Siamak Namazi berusia 51, yang telah menghabiskan hampir lapan tahun di penjara Evin di Tehran, serta ahli perniagaan Emad Shargi, 59, dan ahli alam sekitar Morad Tahbaz, 67, yang juga warga British.

Dua lagi identiti tahanan AS tidak diketahui.

Mereka berlepas dari Tehran menggunakan pesawat kerajaan Qatar pada hari Isnin.

Dalam satu kenyataan, Presiden Joe Biden menyifatkan pembebasan lima warganya selepas menanggung penderitaan dan ketidakpastian selama bertahun-tahun.”

“Hari ini, lima rakyat Amerika yang tidak bersalah yang dipenjarakan di Iran akhirnya pulang,” tulis Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus sebelum orang Amerika dijadualkan mendarat di Doha.

Pembebasan mereka mewakili kejayaan diplomatik yang ketara selepas bertahun-tahun rundingan tidak langsung yang rumit antara AS dan Iran.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Biden berkata perjanjian itu “tidak mengubah hubungan AS dengan Iran dalam apa cara sekalipun,” sambil menyatakan AS masih akan berusaha untuk mengekang tindak tanduk Iran atas pencabulan hak asasi manusia dan mengekang program nuklearnya.