Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San serta Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain bergambar selepas penggal ke-15 pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 di Dewan Negeri Selangor, SUK Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 SEPTEMBER 2023.

SHAH ALAM – Kesemua 56 wakil rakyat sudah mengangkat sumpah dan menandatangani surat sebagai Ahli Dewan Negeri yang baharu bagi penggal ke-15 dalam Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Persidangan Penggal Pertama, Dewan Negeri Selangor ke-15, hari ini.

Majlis mengangkat sumpah itu didahului dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (PKR-Sungai Tua) di hadapan Speaker Dewan Negeri Selangor yang baharu, Lau Weng San.

Proses mengangkat sumpah itu kemudiannya disusuli dengan ahli Dewan Negeri Selangor dalam kalangan wakil rakyat kerajaan terlebih dahulu dan diikuti dengan blok pembangkang.

Antara 34 Ahli Dewan Negeri Selangor dari blok kerajaan ialah Datuk Rizam Ismail (UMNO-Sungai Air Tawar), Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), Lee Kee Hiong (PKR-Kuala Kubu Baharu), Chua Wei Kiat (PKR-Rawang), Anfaal Saari (Amanah-Taman Templer) dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (PKR-Lembah Jaya), Ir Izham Hashim (Amanah-Pandan Indah) dan Yew Jia Haur (DAP-Teratai).

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Wira Johan Abd Aziz (UMNO-Dusun Tua), Cheong Kian Young (PKR-Kajang), Ong Chun Wei (DAP-Balakong), Wong Siew Ki (DAP-Seri Kembangan), Abbas Salimmi Che Adzmi@azmi (Amanah-Seri Serdang), Ng Sze Han (DAP-Kinrara), Michelle Ng Mei Sze (DAP-Subang Jaya) dan Dr. Mohammad Fahmi Ngah (PKR-Seri Setia).

Hadir sama Mohd Kamri Kamaruddin (PKR-Bukit Antarabangsa), Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing), Lim Yi Wei (DAP-Kampung Tunku), Jamaliah Jamaluddin (DAP-Bandar Utama), Pua Pei Ling (PKR-Bukit Lanjan), Muhammad Izuan Ahmad Kasim (PKR-Kota Damansara), Mohd Najwan Halimi (PKR-Kota Anggerik), Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (Amanah-Batu Tiga) dan Dr. Quah Perng Fei (DAP-Bandar Baru Klang).

Turut hadir mengangkat sumpah ialah Azmizam Zaman Huri (PKR-Pelabuhan Klang), Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran), Dr Gunarajah R. George (PKR-Sentosa), Preakas A/L Sampunathan (DAP-Kota Kemuning), Papparaidu Veraman (DAP-Banting), Borhan Aman Shah (PKR-Tanjung Sepat) dan Lwi Kian Keong (DAP-Sungai Pelek)

Sementara itu, seramai 22 wakil rakyat dari blok pembangkang turut mengangkat sumpah, antaranya Sallehein Mukhyi (Pas-Sabak Bernam), Mohd Razali Saari (Pas-Sungai Panjang), Mu’izzuddeen Mahyuddin (Pas-Hulu Bernam), Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani (Bersatu-Batang Kali), Dr. Mohd Zamri Mohd Zainuldin (Pas-Sungai Burong), Nurul Syazwani Noh (Bersatu-Permatang), Datuk Noorazley Yahya (Bersatu-Bukit Melawati) dan Jefri Mejan (Pas-Ijok).

Selain itu, hadir sama Datuk Harrison Hassan (Bersatu-Jeram), Mohd Rafiq Mohd Abdullah (Bersatu-Kuang), Muhammad Hilman Idham (Bersatu-Gombak Setia), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Hulu Kelang), Nushi Mahfodz (Pas-Semenyih), Mohd Shafie Ngah (Pas-Sungai Ramal) dan Dr. Afif Bahardin (Bersatu-Taman Medan).

Turut sama, Datuk Dr. Halim Tamuri (Pas-Paya Jaras), Mariam Abdul Rashid (Bersatu-Meru), Noor Najhan Mohamad Salleh (Pas-Sementa) dan Datuk Abdul Rashid Asari (Bersatu-Selat Klang), Wan Dzahanurin Ahmad (Bersatu-Sungai Kandis), Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang), Rosnizan Ahmad (Bersatu-Morib) dan Datuk Seri Jamil Salleh (Bersatu-Dengkil). – MalaysiaGazette