KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 10 sen kepada RM3.47 seliter daripada RM3.37 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 September ini.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Kewangan harga runcit petrol RON95 dan dieseil masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dikekalkan pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan
itu menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette