KUALA LUMPUR – Pengeluar produk makanan tambahan, Branz Marketing Sdn. Bhd. menyasarkan jumlah jualan mampu mencecah sebanyak RM3 juta menjelang akhir tahun ini.
Pengasas Bersamanya, Dr Aizul Hafizi Ismail berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi pengenalan produk baharunya, Thor X yang memberi fokus kepada suplemen kesihatan lelaki.
Menurut beliau, pihaknya juga menetapkan sasaran seramai 100,000 pasangan suami isteri dalam mencapai kepuasan dalam perkahwinan mereka dan menikmati kesejahteraan hidup pada masa akan datang.
“Bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan lebih dua tahun di mana keberkesanan produk ini adalah ia mengandungi akar maca.
“Ia adalah herba tradisional Peru dari pergunungan Andes yang telah digunakan selama berabad-abad untuk tujuan kulinari dan perubatan.
“Produk ini sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan kerana akar maca juga sering dipanggil ginseng Peru dan terkenal kerana menggalakkan tenaga dan kecergasan.
“Selain itu, produk ini hanya mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan dada selain Thor X juga merupakan produk eklusif yang dirumuskan dengan 100 peratus bahan-bahan semula jadi,” katanya pada majlis pelancaran produk itu di sebuah hotel semalam.
Turut hadir, Pengasas Bersama yang juga pempengaruh media sosial, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli.
Thor X telah mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan selamat dan bersih untuk dimakan kerana telah menerima Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MESTI).
Selain itu, produk ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal.
Mengulas lanjut, Aizul berkata, Thor X pernah memenangi World Consumer Health Brand Awards 2023 dan South East Asia Organic Awards sekaligus kejayaan itu mengukuhkan reputasi dan bukti keunggulannya sebagai produk yang berkualiti tinggi dan diiktiraf pada peringkat global.
“Melengkapkan lagi kecemerlangan produk kesihatan ini, ThorX juga mendapat anugerah Asia Halal Brand Awards dalam kategori Best Men Supplement.
“Ia adalah anugerah yang khusus diberikan kepada produk yang sudah pun mendapat sijil halal yang diadili lima juri berkaliber.
“Justeru, kami yakin produk Thor X ini akan menjanjikan pengguna untuk kepuasan dan membawa hubungan intim ke tahap yang lebih baik.
“Pengguna tidak perlu risau kerana ia menggunakan bahan semulajadi yang dipilih dengan teliti dan juga tidak perlu bimbang tentang kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya. – MalaysiaGazette