Mangsa banjir di Baling, Kedah dipindahkan ke PPS.

GEORGE TOWN – Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak susulan hujan lebat sejak semalam.

Berdasarkan laporan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 297 mangsa ditempatkan di enam PPS tersebut.

Mengikut rekod, seramai 66 mangsa dilaporkan di Pulau Pinang dan kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kota dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Bagi Kedah, seramai 102 mangsa dilaporkan berada di PPS Dewan Masjid Islahiyah Tawar dan Masjid Binjul Luar dalam daerah Baling.

Air naik di sekitar Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang bagi daerah Baling.

Manakala bagi Perak pula, 129 mangsa ditempatkan di tiga PPS membabitkan daerah Tapah serta Larut, Matang dan Selama.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Belum pun selesai masalah kekurangan beras tempatan, kos barangan sangat tinggi dan mencengkam datang pula masalah baharu.

    Salam simpati kepada semua mangsa. Kepada kerajaan PN segerakan bantuan apa yang termampu.

Comments are closed.