Dr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Pihak yang menentang penjuangan beras tempatan kepada warganegara Malaysia sahaja digesa melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, tidak sewajarnya pihak berkenaan hanya duduk di rumah menikmati beras import namun membiarkan rakyat tempatan berebut beras subsidi dengan warga asing.

“Mohon datuk ni pergi turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import,” tegur beliau.

Muhamad Akmal mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George yang menekankan cadangan supaya beras tempatan dijual kepada warga Malaysia sahaja sebagai tidak berperikemanusiaan.

Muhamad Akmal berkata, tidak timbul isu kemanusiaan dalam cadangan tersebut kerana ia melibatkan kepentingan rakyat tempatan.

“Langkah tidak berperikemanusiaan katanya? Lagi tidak perikemanusiaan bila rakyat Malaysia hanya mampu tengok sahaja warga asing beli beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan

“Bila beras dah cukup dan ada lebihan, bagilah siapa nak beli, ini isu beras tempatan tak cukup ya Datuk,” kata Muhamad Akmal.

Jacob sebelum ini berkata, gesaan beberapa pemimpin politik supaya pembelian beras tempatan dihadkan hanya kepada rakyat Malaysia dianggap tidak masuk akal kerana langkah sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara.

Menurutnya, cadangan itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di sini, malah tindakan jangka pendek yang hanya menyusahkan kerajaan.

“Pertama, perlu tahu kenapa negara berada dalam keadaan begini. Ini akibat daripada bertahun-tahun kita tak jaga sekuriti makanan, isu ini telah lama ditinggalkan.

“Kedua, kita beri tanggungjawab ini kepada kroni atau orang yang memegang monopoli tertentu.

“Jadi, apabila timbul masalah terutama sekatan tertentu dari negara pengeksport beras, terdedahlah dengan sendiri masalah yang kita sedang hadapi dan keluarlah cadangan tak masuk akal seperti sekat warga asing beli beras tempatan,” katanya.

Muhamad Akmal dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal antara mengutarakan cadangan berkenaan susulan kesukaran rakyat membeli beras tempatan sementara beras yang diimport mengalami kenaikan harga yang tinggi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Salam refoMATI,
    Natizen cadang beras tempatan dijual hanya dinegeri2 miskin Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu sahaja.

    Beras import jual di negeri2 maju kaya raya P Pinang, Perak, Selangor, N Sembilan dan Johor.

    Nampak lebih adil. Peace.

  2. Selagi pemimpin2 politik yang ingin berkuasa menerima sedekah berjuta daripada puak2 kartel yang dibenarkan memenopoli dan menentukan harga komoditi asas mengikut kehendak mereka, selagi itulah rakyat terpenjara oleh mainan nafsu puak2 kartel ini.

  3. Asalammuailaikum khas kepada kerajaan sekarang lebih tepat kepada menteri yang diberitangujawap melibatkan beras tempatan..kami rakyat ingat kami ni suka² ka atau ingat kami nie syoq ka dok buat cerita sana sini mengatakan beras tempatan tak ada xada susah nak dapat susah nak dapat ingat kami rakyat saja² syoq cakap ka..ini semua realiti la kami rakyat terbeban degan semua nie..PADA MENTERI YANG TERLIBAT BERAS TEMPATAN SUSAH DAPAT BERAS TEMPATAN TAK ADA YANG ADA BERAS IMPORT FAHAM KA TAK FAHAM ingat kami rakyat nie cakap kosong ka..turun padang diam² tengok betul ka tak..jagan bila nak turun padang umum kat semua orang,turun senyap² p kedai² p pasar raya turun tegok degan mata kepala sendiri jagan dok sila panggung dirumah arahkan orang turun p pantau..jagan berat tulang jagan berat jubur nak bagun cakap ikut sedap mulut ja nak cakap turun senyap² tengok sendiri apa dah jadi BERAS TEMPATAN TAK ADA DI PASARAN MENTERI OOIII…

Comments are closed.