video lama Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How agar tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat al-Quran ketika memberi pandangan dalam hal berkaitan politik.

Beliau juga telah menghubungi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu berhubung perkara tersebut.

Asyraf Wajdi berkata, ia adalah untuk mengelak fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

“Walaupun perbuatan DAP itu pernah ‘dihalalkan’ oleh kepimpinan Pas waktu bersama dahulu.

“Terima kasih saudara Howard kerana menerima pandangan dan teguran saya secara positif,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Polis Perak telah menyerahkan siasatan berhubung Howard yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini kepada Bukit Aman.

Siasatan dijalankan setelah Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak membuat laporan polis terhadap Howard pada 21 September lalu bagi meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap pemimpin DAP itu kerana dianggap menghina Islam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Perkara ni tak boleh diminta2, kena tegas heret kemahkamah, macam kes Ahok di Indonesia, kena 2 tahun.

    Perkara ni juga tak boleh dipolitikkan. Tak usah bersengkongkol dengan penunggang2 agama ahli2 sepihan Pas.

Comments are closed.