Calon Bebas N36 Pelangai, Haslihelmy Dm Zulhasli selepas menyerahkan borang penamaan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Pelangai. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli menegaskan pencalonan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

Haslihelmy bersyukur apabila pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Muhamad Zaini Salleh menjelaskan bahawa beliau tidak menaja pencalonan calon Bebas itu.

”Alhamdulillah, terima kasih pemangku Ketua UMNO bahagian Bentong kerana menjelaskan bahawa beliau tidak menaja saya.

”Ia sekali gus membuktikan saya tidak ditaja oleh mana-mana pihak untuk bertanding pada PRK DUN Pelangai kali ini sebagai calon Bebas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Mohamad Zaini  menafikan menaja Haslihelmy untuk bertanding pada PRK, 7 Oktober ini.

Mohamad Zaini berkata, beliau tidak pernah berhubung atau mengadakan perbincangan dengan Haslihelmy mengenai tindakannya untuk menjadi calon Bebas.

Menurut Haslihelmy, tindakan beliau mengambil borang pencalonan pada hujung Ogos lalu sebagai persiapan awal bagi mengikut gerak hati dan pemerhatian dalam UMNO.

”Memetik kenyataan yang mengatakan saya mengambil borang pencalonan awal pada 29 Ogos lalu, memang tidak dinafikan saya ambil borang awal kerana saya tahu dari awal apa yang berlaku dalam UMNO Bahagian Bentong itu sendiri.

”Perasaan saya semakin kuat apabila pada 20 September lalu diumumkan Oleh Pengerusi Badan perhubungan UMNO Pahang yang meletakkan calon berkenaan, Datuk Amizar Abu Adam lagi menguatkan saya untuk bertanding PRK Pelangai ini,” katanya.

Sementara itu, calon bebas yang menggunakan simbol kereta itu berharap persaingan sihat dapat diwujudkan dalam PRK tersebut.

”Biarlah kita bertanding secara sihat walaupun saya berhadapan dengan gajah parti politik terbesar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Soalannya ko boleh sumbang apa kpd pembangunan kawasan tanpa back up? Ko nak minta bantuan daripada siapa untuk bangunkan DUN? keluar duit sendiri kaaa??

Comments are closed.