Dr. Puad bersama Anwar dalam delegasi Malaysia ke UNGA 2023 di New York.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tepukan gemuruh sebanyak sembilan kali ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, beliau adalah saksi hidup yang berada dalam Dewan PBB ketika Anwar menyampaikan kenyataan negara seterusnya menafikan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor.

Muhammad Sanusi baru-baru ini mendakwa ucapan Anwar di UNGA tidak mendapat sambutan perwakilan dunia.

Puad berkata, beliau duduk di kerusi VIP bersama Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Nazri Aziz dan Exco Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

“Astaghfirullah. Itu kata hati nurani saya bila mendengar komen Muhammad Sanusi Md. Noor mengenai ucapan Anwar di UNGA ke-78 di New York.

“Saya hadir di UNGA tersebut. Saya saksi hidup. Saya di dalam Dewan Persidangan Utama PBB. Saya duduk di kerusi VIP bersama Datuk Nazri Aziz dan Datuk Sharkar.

“Bahkan, saya hadir tiga hari berturut turut (Selasa hingga Khamis) mendengar ucapan ketua-ketua negara lain sebelum PMX berucap pada hari Jumaat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Anwar menyampaikan ucapan Kenyataan Negara di UNGA 2023 di New York dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin baru-baru ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah yang memperlekehkan penampilan Perdana Menteri pada UNGA ke-78 di New York semalam yang disifatkannya sebagai hambar dan gagal mendapat perhatian pemimpin dunia.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, situasi dewan yang lengang ketika Anwar berucap menyampaikan kenyataan negara pada Jumaat lalu cukup memalukan.

Menurut Puad, ucapan mukadimah Anwar sahaja sudah mendapat tepukan apabila menyentuh mengenai Perang Russia-Ukraine yang memberi kesan buruk kepada global.

“Tetapi ketika Presiden Iran, Ebrahim Raisi berucap, dia mengangkat al-Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan. Begitu juga ucapan Presiden AS, Joe Biden juga tiada sambutan dari perwakilan.

“Perdana Menteri New Zealand, Christopher John Hipkins beritahu dia rasa lega kerana orang ketiga berucap selepas Anwar. Dia rasa tenggelam jika berucap selepas Anwar.

“Dalam 15 minit ucapan itu, Anwar menyentuh isu perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, low carbon and renewal energy roadmap oleh Malaysia dan rasisme bentuk baharu,” katanya.

Tegasnya, ternyata Muhammad Sanusi adalah kaki fitnah apatah lagi menggunakan gambar tanpa usul periksa.

“Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan. Oleh kerana saya saksi hidup, maka Sanusi Menteri Besar wajar digelar “pemimpin pembohong” nombor satu Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. semoga Allah memelihara Kita dgn hidayah Dan taufiq kebenaran Islam Dan nilai murni ajaran nya sebagai suatu cara hidup. Bukan agama yg disandarkan oleh mulut Dan tindakan ahli politik yg taksub kepartian.

  2. Haaa.. ini sorg lagi panyimpan bukti berkotak kotak. Elok la bergambar berdua tu. Pakat pakat belajar skill simpan bukti. Takpa pakcik Puad, cuba pakcik upload gambar pemimpin yang ada dalam dewan masa sifu pakcik tu berucap. Kata banyak gambar kan, pilih la yg tunjuk arah kerusi ahli persidangan duduk tu banyak2 sikit rakyat nak tgk betapa penipunya MB Sanusi tu.

  3. Berapa agaknya belanja pi NY bawa satu bas rombongan tu?
    Katakan lah busuk2 pun RM200,000.00 seorang, penerbangan kelas VIP, hotel 4 malam kelas VIP, makan pagi, tengahari, malam, supper, semua kelas VIP, balik nanti buat claim pula, hardship dsb? Natizen kurang arif tentang bende2 ni semua!

    Kemudian darablah dengan satu bas menteri ramai2 tu dan pegawai2? dah berapa? Minta akauntan negara dedahkan?

    Kalaulah wang2 rakyat banyak2 tu bagi dekat Pak Mat yang dah tak menoreh seminggu sebab hujan lagi bagus, lagi bernafaat?

    Last2 buat ceramah pun dikhabarkan dalam tik tok depan kerusi meja je, buat apa, apa faedah? Takde siapa mahu dengar?

    • Nak buat camna. Kang tak bawa, takda sapa pula nak tepuk. Takkan nak harap kat Puadsonic ja tepuk sorang2?

Comments are closed.