Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam beramah mesra bersama peniaga pada walkabout di pasar pekan sehari sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Chemomoi, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Agenda pembangunan di Pelangai akan diteruskan jika rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecik (PRK) Pelangai, 7 Oktober ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pembanguan mudah dilaksanakan jika kerajaan negeri selari dengan kerajaan persekutuan.

“Yang penting kalau ada wakil dari BN boleh teruskan kerja pembangunan di sini, tapi kalau pembangkang yang menang sebaliknya. Walau dua calon dalam kampung yang sama tapi kalau boleh pilih yang boleh membantu,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditemui di Pasar Pagi Felda Chemomoi di Bentong pada hari ini menyatuni masyarakat di sini bersama Amizar.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar,  Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

Menurut Ismail Sabri, dengan mengetengahkan anak peneroka Felda juga akan memudahkan suara penduduk Palangai difahami dan didengari Amizar sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Pilihan Raya semalam yang  membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid, di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ismail Sabri berkata, pakatan Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja keras jika PRK diadakan.

“Keputusan di Kemaman dari segi perbezaan di Kemaman kalau ada PRK kita kena kerja lebih kuat kerana di sana mereka ada kelebihan di bawah kerajaan negeri pembangkang.

“Kalau kerja kuat apapun tidak ada perpecahan dalaman,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast