Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelancong China dijangka bakal menikmati pengecualian visa untuk melawat negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

Beliau berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa.

Menurutnya, laporan daripada Kementerian Dalam Negeri tersebut dijangka tersedia dalam tempoh seminggu dua.

“Perdana Menteri ada menyebut soal pengecualian visa semasa melawat China baru-baru ini.

“Saya melihat ini sebagai polisi yang baik kerana dapat menarik lebih ramai pelancong China untuk melawat Malaysia.

“Yang paling baik adalah masing-masing Malaysia dan China melaksanakan dasar pengecualian secara serentak,” katanya semasa menerima wawancara Sinchew Daily.

Menurut King Sing, selain China, Perdana Menteri juga menyebut perlu menyediakan pengecualian visa untuk pelancong dari India.

Katanya, soal pengecualian visa bagaimanapun hanya dapat dilaksanakan selepas Kementerian Dalam Negeri mendraf laporan berkenaan.

Sebelum ini, Thailand telah mengumumkan pengecualian visa untuk pelancong dari China dalam tempoh 25 September hingga 29 Februari bagi menarik pelawat dari negara itu, seterusnya memulihkan industri pelancongan di Thailand.

Selain Thailand, sebuah lagi negara Asia Tenggara iaitu Kemboja dilapor sedang mempertimbangkan pengecualian visa untuk pelancong dari China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Bahkan tentera Tanah Besar Komunis Cina aka tentera PKM pun dianugerah hak keistimewaan warganegara tempatan susulan patuh arahan letak senjata tanpa letak ideology komunis oleh Parti Pusat Komunis Tanah Besar Cina pada September 1988 demi meraih 70% tongkat ekonomi daripada DEB/NEP aka Dasar Ekonomi Apartheid yang menganiaya MAJORITY Melayu bumiputera dihadkan dengan 30% ekonomi sahaja

  2. Harey betol..
    Dari Juru ke KL pun bayar tol siak..
    Dia mai Malaysia, dikecualikan visa… bapak besar cable..

  3. dulu cakap org lain NK Jual negara pada china.anwar ibrahim sekarang NK mudahkan lg rakyat China masuk malaysia.visa tak ADA lagi mudah tak keluar Dari Malaysia.istimewa sangat ke pelancong China dihati PMX.

  4. Selesaikan dulu masalah lambakan pelancong China yang masuk tak keluar2 tu … bila nak buat operasi pemutihan?

Comments are closed.