Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada program Sembang Santai PRK Pelangai sempena sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – UMNO kini masih dalam mod survival dan parti itu akan meneruskan kebangkitan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti perlu diperkukuh sebelum menentukan hala tuju yang akan diambil bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

”Orang lomeh (lemas) ada hidup dan mati, kita survival sekarang, jadi kita survive bertahan elok-elok.

”Orang dah lemas kita timbulkan dulu. Tengok pulau mana paling dekat, tebing mana paling dekat, berenang situ dulu, naik dulu, keringkan badan, sihatkan badan.

”Esok bila dah sihat baru kita fikir elok-elok nak pakai samping ke apa ke lantak.Tepuk dada tanya selera,” katanya ketika ditemui selepas program Sembang Santai PRK Pelangai di Felda Chemomoi, di sini, malam tadi.

Menurut Mohamad, kerjasama yang dijalinkan dengan Kerajaan Perpaduan adalah untuk kebangkitan UMNO setelah ditinggalkan bersendirian pada PRU15.

Juster, katanya, UMNO perlu bangkit sebelum PRU16 bagi menentukan sama ada bergerak sendiri atau bergandingan dengan parti lain.

”Itu yang kami di peringkat kepimpinan buat untuk parti duduk di luar kerja buat apa, ‘meraung-raung’ bak kata Minangkabau

”Kalau kita duduk dalam kerajaan banyak benda kita boleh buat, banyak agenda boleh uruskan, banyak perkara boleh buat untuk parti.

”Jangan salah faham, kita tidak boleh cakap strategi orang tahu langkah kita jadi ,jangan tinggalkan jejak dan strategi simpan, jangan dibaca orang.” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast