Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bercakap kepada media selepas hadir ke program Gotong Royong Rumah Kelab Dayabudi ketika di Kuarters Kilang Sawit Felda Kemasul, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 28 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Menteri Besar Pahang menasihatkan para pengundi agar tidak mudah terpedaya dengan segala tohmahan yang dilemparkan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa, prestasi bekas Ketua UMNO Bahagian Bentong itu yang tidak memuaskan.

“Calon bebas ni saya ingat jangan percayalah sebab trek rekodnya tak bagus.

“Tak bagus tu maksudnya ada dia melakukan perkara-perkara yang tak elok dan telah mendapat perhatian pihak berkuasa dan pihak berkuasa telah bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bentong Rumah Kelab Dayabudi di Kuarters Kilang Sawit Felda Kemasul semalam.

“Orang macam ni saya fikir tak payah dengar cakap dia. Macam tuduhan 30 peratus merupakan reka cipta dengan tujuan rakyat percaya.

“Ini untuk mewujudkan suasana dan perasaan tak puas hati dalam kalangan sesama kita.

“Kadang-kadang kita kena tengok siapa yang bercakap, kalau kaki auta, kaki autalah.” katanya lagi.

Sebelum ini, Haslihelmy menerusi catatan di Facebooknya mendakwa terdapat rundingan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) berkaitan kuota 30 peratus jawatan lantikan kerajaan akan diberikan kepada Pakatan Harapan (PH).

Menyifatkan ia tkan sebagai tuduhan liar yang tidak berasas, Wan Rosdy berkata, setakat ini belum ada sebarang pelantikan baharu sebaliknya semua lantikan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) serta ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilantik masih kekal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast